maklumat sekolah



Sekolah Rendah, Menengah Agama dan Tahfiz Al Quran Darul Irfan ini mula beroperasi pada 03 Januari 2002 di atas Bukit Dahlia, Pasir Gudang yang bersuasana tenang dan nyaman dengan persekitaran perjiranan yang muhibbah. Sekolah ini dibangunkan atas matlamat bagi menghidupkan anak-anak Muslimin supaya dapat berjaya di dalam tiga sistem iaitu di dunia dan akhirat yang diperkuatkan dengan ilmu pelajaran (Al Quran, Agama serta Akademik). Visi kami adalah bagi membentuk generasi hafiz, hafizah, ustaz, doktor, juruteknik, arkitek dan lain-lain kerjaya yang bermanfaat untuk agama dan seluruh umat Islam secara syumul. Keutamaan dibentuk dengan didikan sempurna yang melahirkan akhlak yang mulia sebagaimana digariskan kaedah Al Quran dan As Sunnah Rasulullah. Alhamdulillah, sehingga ke hari ini sekolah kami telah berhasil mendidik hafiz dan hafizah yang berjaya di dalam bidang masing-masing. 
________________________________________________________________ 




 
KETERANGAN LOGO SEKOLAH 

BULAN SABIT:  MELAMBANGKAN  ISLAM            
Sesungguhnya agama di sisi Allah itu adalah Islam 

BINTANG:  MELAMBANGKAN RUKUN ISLAM       Rasulullah SAW bersabda : lslam  itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.

 MENARA : MELAMBANGKAN RUKUN IMAN Dia bertanya ( Jibril ) : Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda : ( lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qada” baik dan buruk. 

AL-QURAN : MELAMBANGKAN PEGANGAN SABDA RASULULLAH S.A.W: Ditinggalkan kepada umatku dua perkara iaitu Al-Quran dan Sunnahku (pegangan). 

KUBAH : MELAMBANGKAN PERPADUAN ( SOLAT) Daripada Abu Hurairah, katanya bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: SesungguhNya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah sembahyangnya, jika sembahyangnya diterima, Maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia. 

MATAHARI : MELAMBANGKAN CAHAYA Allah Pelindung bagi orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya.  Dan orang-orang yang kafir,pelindung mereka adalah Thagut (syaitan) mengeluarkan mereka daripada Nur petunjuk dan iman kepada kegelapan iaitu kekufuran.

BUNGA : MELAMBANGKAN KESUCIAN Sesiapa yang mengikuti jalan Allah s.w.t maka akan menjumpai keredhaan-Nya dan jalan yang lurus. Sesungguhnya Allah menyukai yang cantik.      

KETERANGAN WARNA

1) MERAH : SEMANGAT YANG MEMBAWA KEPADA KEBAIKAN DI DUNIA DAN AKHIRAT. 
2) HIJAU : KEDAMAIAN YANG DIPEROLEHI DENGAN BERPEGANG KEPADA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH DALAM KEHIDUPAN. 
3) PUTIH : KESUCIAN YANG MELAMBANGKAN HATI UMAT ISLAM DAN HATI- HATI ORANG YANG MENJAGA MARUAH DAN ILMUNYA. 
4)KUNING : KEDAULATAN DAN KEPIMPINAN YANG AMANAH. JUJUR, DAN IKHLAS DALAM BERAMAL SOLEH SEPANJANG ZAMAN.
 ________________________________________________________________ 






Silibus Pelajaran Senarai Matapelajaran Peringkat SDEA (Sijil Darjah Enam Agama) Tauhid Tahfiz Ibadat 1 Ibadat 2 
Akhlak Sirah Bahasa Arab Tajwid Hadith Pendidikan Alam Matematik Sains Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Jawi Senarai Matapelajaran Peringkat SDKA (Sijil Darjah Khas Agama Johor) Faraid Muamalah Munakahat Tauhid Tafsir Hadith Akhlak Sirah Jenayah Ibadat Tahfiz Matematik Sains Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Arab Geografi Sejarah Pendidikan Islam Senarai Matapelajaran Peringkat SMRA (Sijil Menengah Rendah Agama) Nahu Saraf Sirah Insya Mutalaah Tauhid Hadith Fiqh Tahfiz Tafsir Senarai Matapelajaran Peringkat SMA (Sijil Menengah Agama) Nahu Saraf Insya Mutalaah Tafsir Hadith Tauhid Fiqh Adab & Usus Balaghah Mantiq Tahfiz Senarai Matapelajaran Peringkat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sains Sejarah Tasawwur Islam Pendidikan Sejarah Islamiyah Pendidikan Al Quran & Sunnah Bahasa Arab Tinggi


No comments:

Post a Comment